Tuesday, March 15, 2011

Manchester United pergi ke suku akhir buat kali ke 12

Manchester yang memegang rekod paling banyak menyertai suku akhir Liga Juara-juara Eropah..
Dua gol dari Javier Hernandez atau Chicarito sudah cukup untuk menundukkan Marseille pada perlawanan kedua ini..Selepas seri 0-0 pada perlawanan pertama..MUTD berjaya mendapatkan goal pertama pada seawal minit ke 5...Hasil hantaran kemas Rooney....
Goal sendiri dari Wes Brown yang beraksi agak hambar pada perlawanan tersebut membuatkan MUTD resah seketika untuk layak ke suku akhir
Marseille menunjukkan permainan yang memberangsangkan tapi dipatahkan oleh benteng pertahanan MUTD dan hasil ketangkasan dan pengalaman Van der Sar..Rooney juga mempamerkan aksi memberangsangkan dengan sentuhan-sentuhan menarik..namun tak berhasil tapi masih menunjukkan penyerang itu masih lagi berbisa.
Tak lama dari gol pertama...dari tengah Rooney membuat hantaran half-volley ke kiri pada Giggs dan Giggs pulangkan semula kepada Rooney sebelum sekali lagi membuat hantaran kepada Chicharito untuk gol ke-1 beliau...


Selepas Valencia dimasukkan menggantikan Nani yang kurang berhasil permainannya dihalang oleh pertahanan Marseille...Valencia mengamil sedikit masa untuk memberi impak pada perlawanan tersebut...
Valencia adalah orang di sebalik gol kedua MUTD dengan membuat hantaran ke belakang yang menarik ke arah Giggs sebelum menghantarnya ke Chicharito untuk menghasilkan goal kedua beliau iaitu ketiga dalam 5 perlawanan..

Walau bagaimanapun, Marseille sempat membalas gol melalui gol sendiri oleh Wes Brown..hantaran dari tendangan sudut memperlihatkan pertahanan MUTD bersedia untuk menghantar keluar bola..namun Brown ditambahkan lagi dengan tekanan oleh Heinze.. seorang bekas pemain MUTD...menanduk bola ke gawang sendiri...
Sekali lagi MUTD berjaya ke suku akhir..kita nantikan siapa lawan MUTD pada suku akhir nanti...!!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons