Showing posts with label MySocialLife. Show all posts
Showing posts with label MySocialLife. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Semangatku!



Hari ni. Aku nak cerita tentang semangat. Kalau orang putih kata semangat untuk terus berlari adalah seperti "Stallion" sejenis kuda. Semangat tu ada banyak jenis. Semangat untuk belajar. Semangat untuk berjaya. Semangat sebagai inspirasi hidup. Semangat untuk bersaing. Semangat untuk hidup atau masa depan. Semangat bersukan. Semangat berpasukan. Semangat untuk menang!!




Apa itu semangat?? Semangat dan ghairah adalah perasaan yang sangat kuat yang dialami oleh setiap manusia. Semangat secara umumnya, digunakan untuk meluahkan minat yang menggebu dan pengorbanan untuk meraih tujuan, dan kegigihan dalam mewujudkannya. Apa yamg penting adalah setiap orang punya tujuan yang ingin seseorang nak raih sepanjang hidupnya.


Bagaimana semangat ini berfungsi? Contoh bagi semangat bersaing; apabila kita lihat ada kawan yang semakin maju dari kita contohnya dalam pelajaran. Kawan dapat markah lagi tinggi. Kawan rapat pulak tu? Mesti menyirap satu badan kan? Paling kurang pun macam "esh xboleh macam ni kene dapat markah lagi tinggi dari dia ni". Terpulang pada kuat mana semangat bersaing kau untuk menang!!


Semangat ni ada banyak gunanya. Untuk berjaya kita perlu semangat yang kuat. Untuk dapatkan sesuatu dalam hidup kita mesti ada semangat yang kuat. Nak usha awek yang kau betul2 minat pun kena ada semangat yang kuat? Kalau dalam sains, semangat ini macam pemangkin untuk kita capai sesuatu. Yang bezakannya adalah hanya sekuat mana semangat seseorang untuk mencapainya.


Yang aku nak tekankan kat sini adalah semangat untuk hidup dan masa depan. Sumber inspirasi untuk hidup dan masa depan selalunya adalah keluarga. Sebelum berkeluarga semangat kita adalah ke arah untuk membina keluarga. Nak cari duit untuk membina keluarga, untuk sara hidup sendiri dengan keluarga. Ia akan jadi lebih kuat, kerana amat penting dalam kehidupan kita pada ketika itu.


Tapi dalam konteks lain, contohnya hubungan. kalau kita inginkan sesuatu yang nak dilakukan bersama seseorang yang menjadi inspirasi kita? Dengan katakan tidak. Satu badan dengan minda akan jadi down sesangat berbanding dengan katakan cara atau bagi semngat untuk cari jalan penyelesaian. Minda down dan xtenteram. Sebab keinginan kita dihancurkan dengan kata2. Memang mungkin kita boleh cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan keinginan itu tapi dengan hanya kata-kata ia akan menjadi berubah satu yang lain. Mungkin kata-kata itu boleh diubah dengan kata-kata yang boleh memberi semangat untuk capai arah itu. Ia akan menjadi sesuatu yang lain, malah jadi lagi besar semangat itu.
Aku harap hidup kembali semangat itu. Aku cuba bina.

Tuesday, January 18, 2011

Aku ian



Assalamualaikum,,,,
Namku Farhan Sawibi...buat masa ni masih lagi UTeM final year student in Bachelor of Mechanical Engineering (Automotive). Budak Auto la katakan..Asal dari Johor Bahru tapi buat masa ni menetap di Melaka...Anak sorang tanpa adik beradik tapi hidup diwarnai oleh keluarga, rakan2 yang cukup membahagiakan aku..family aku panggil aku yayan..sebab sejak mula ku mula berkata2..itulah yang aku bahasakan diri aku....tapi rakan2 byk panggil aq paan, ada segelintir panggil aku ian...tapi tanpa korang..susah ku lalui hidupku ini...dulu kecil2.. aku nak jadi pilot..pemain badminton malaysia haha...tapi sekarang..hanya mahu ku ingin kan hidup yang bahagia bersama orang2 yang ku sayang...tapi juga aku nak mempunyai company sendiri..cita2 masa remaja ku...doakan aku berjaya!!!orang kata aku lembut..even rakan rapat ku..aku xtau..tapi harap tegur2kan bila ada kesalahan...

Labels

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons