Wednesday, March 23, 2011

Lagu Baru dari Zizan Raja Lawak!!





(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.
(Verse 1 # Zizan)
KL KL kosa nostra yang bicara,
Ramai ternoda dan ramai yang tergoda,
Ini kisah teruna dan juga dara,
Bertemu tak sengaja ketika ronda-ronda,
Bermula Subaru kelabu berpacu,
Tersekat pandangan ke arah sesuatu,
Tertanya di hati inikah ratu melayu,
Bersama ibu, nyata dia ku mahu tahu,
Harapku temu di destinasiku,
Berkat doa di dada, takdir kau ku temu,
Merisik tanya siapakah dalam kebaya,
Bolehku add Facebook dan Twitter nya,
Ibu memandang ku senyum sahaja,
Sayonara, ku undur sebentar ya,
Malu ku mahu harus bagaimana,
Silakan Altimet wakilkan bicara.
(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di matamu,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.
(Verse 2 # Altimet)
Salam, Si Anggun apa khabar,
Wajah seperti yg terpampang di layar,
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti saidatina khadijah,
Tumpang tanya siapa yang jadi teman,
Jawapan tepat tuhan rasul dan qur’an,
Tak marah, terkilan pun bukan,
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan,
Maaf jika hamba kurang sopan,
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan,
Maaf jika hamba terlebih melopong,
Tapi pusingan ini hamba kalah satu-kosong,
Mungkin juga ada pusingan kedua,
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga,
Maaf jika kita di cemburui masa,
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama,
(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.
(Bridge #)
Diri kamu memukau ku,
Biarkan kau dan aku bersatu (bagaimana?)
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu (harus)
Wahai ibu izinkan aku lalu (ayuh)
Bina hidup bina hasrat yang baru
Biarkan kau dan aku bersatu
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu
Wahai ibu izinkan aku lalu
Bina hidup bina hasrat yang baru
(Chorus # Zain)
Anggun pandangan di mataku,
Ayu cantik tutur bahasamu,
Sayu lebur hatiku berpalu,
Terpaku ingin ku tahu,
Siapa yang menghantui diriku.






Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Tuesday, March 15, 2011

Jangan percaya make up

Make uP??jangan caya sangat...nanti jadi macam atas ni huhu...ajaib2

Manchester United pergi ke suku akhir buat kali ke 12

Manchester yang memegang rekod paling banyak menyertai suku akhir Liga Juara-juara Eropah..
Dua gol dari Javier Hernandez atau Chicarito sudah cukup untuk menundukkan Marseille pada perlawanan kedua ini..Selepas seri 0-0 pada perlawanan pertama..MUTD berjaya mendapatkan goal pertama pada seawal minit ke 5...Hasil hantaran kemas Rooney....
Goal sendiri dari Wes Brown yang beraksi agak hambar pada perlawanan tersebut membuatkan MUTD resah seketika untuk layak ke suku akhir
Marseille menunjukkan permainan yang memberangsangkan tapi dipatahkan oleh benteng pertahanan MUTD dan hasil ketangkasan dan pengalaman Van der Sar..Rooney juga mempamerkan aksi memberangsangkan dengan sentuhan-sentuhan menarik..namun tak berhasil tapi masih menunjukkan penyerang itu masih lagi berbisa.
Tak lama dari gol pertama...dari tengah Rooney membuat hantaran half-volley ke kiri pada Giggs dan Giggs pulangkan semula kepada Rooney sebelum sekali lagi membuat hantaran kepada Chicharito untuk gol ke-1 beliau...

Selepas Valencia dimasukkan menggantikan Nani yang kurang berhasil permainannya dihalang oleh pertahanan Marseille...Valencia mengamil sedikit masa untuk memberi impak pada perlawanan tersebut...
Valencia adalah orang di sebalik gol kedua MUTD dengan membuat hantaran ke belakang yang menarik ke arah Giggs sebelum menghantarnya ke Chicharito untuk menghasilkan goal kedua beliau iaitu ketiga dalam 5 perlawanan..

Walau bagaimanapun, Marseille sempat membalas gol melalui gol sendiri oleh Wes Brown..hantaran dari tendangan sudut memperlihatkan pertahanan MUTD bersedia untuk menghantar keluar bola..namun Brown ditambahkan lagi dengan tekanan oleh Heinze.. seorang bekas pemain MUTD...menanduk bola ke gawang sendiri...
Sekali lagi MUTD berjaya ke suku akhir..kita nantikan siapa lawan MUTD pada suku akhir nanti...!!

Sunday, March 13, 2011

Mercun bola bukan bola!!!

Episod menarik dari MatLuth!!!

Chong Wei menang All England 2011

Chong Wei lagi sekali dapat menumpaskan musuh tradisinya SuperDan sama sekali menepis kata-kata pengkritik yang Chong Wei xmampu kalahkan Lin Dan pada Final All England 2011. Salah satu 'tournament' badminton paling berprestij dan juga paling lama di dunia!! Chong wei berjaya mempertahankan gelaran juara All England..setelah memenanginya buat pertama kali tahun lepas dengan menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun.
Lin Dan yang telah menang 15 kali dari 22 pertemuan mereka. Tahun depan adalah peluang terakhir beliau untuk memenangi 5 kejuaraan All England sebelum Olimpik 2012..untuk beliau akhiri karier beliau.akur dengan kecantikan permainan Chong Wei malam ini. Pada pertemuan terakhir mereka, Lin Dan menang di kejohanan badminton pertama bernilai sejuta dollar US di terbuka Korea. Asakan smash hebat yang membuat Lin Dan terkenal dengan gelaran SuperDan dan permainan tangkas dan kemas dari Chong Wei yang terkenal sebagai pemain badminton defensive yang terhebat..menghasilkan permainan yang agak sengit dan akhirnya menyebelahi Chong Wei. Di mana kali kedua beliau kalahkan Lin Dan dengan straight set. Membuatkan beliau menang kejuaraan All England semua dengan straight set dari pusingan pertama hingga lah perlawanan terakhir..

TAHNIAH DATO' LEE CHONG WEI...TRULY NO.1...WORLD CLASS PLAY.!!

Wednesday, March 9, 2011

Siput Mandi!!

Crazy pic of the day..korang penah tgk siput mandi??haha..tgk siput ni rilek je mandi air terjun...pasni klo pergi air terjun..tengok2 la kalau ada siput mandi ye hehe

Billionaire Malaysia makin banyak buat duit?

Sumber dari Forbes Asia...
Orang-orang kaya di Malaysia semakin kaya tahun ni..Gabung semua cecah RM78.74 billion bai!!!..bertambah US Dollar 11.1 billion dari tahun lepas (22% tambahan)
banyak tu!!!

Kebanyakan orang2 kaya ni mengambil  manfaat dari lonjakan harga komoditi global.
Sekarang ni..kalau la korang nak masuk ranking top 40 untuk 2011, minimum kena ad USD 125 million. Tapi bilangan billionaire masih lagi xberubah dari tahun lepas 10 orang.


Robert Kuok ($12.5 billion, Kuok Group)

Ananda Krishnan ($9.5 billion, Maxis Communications)

Lee Kim Hua, widow of casino magnate Lim Goh Tong ($6.6 billion, Genting Group)

Lee Shin Cheng ($5 billion, IOI Group)

Quek Leng Chan ($4.8 billion, Hong Leong Group Malaysia)

Teh Hong Piow ($4.7 billion, Public Bank)

Yeoh Tiong Lay ($2.7 billion, YTL Corp.)

Syed Mokhtar AlBukhary ($2.5 billion, Malaysia Mining Corp.)

Vincent Tan ($1.25 billion, Berjaya Group)

Tiong Hiew King ($1.2 billion, Media Chinese International)

Semua cina..sorg india..sorg je melayu..memang negara kita ekonomi banyak cina yang pegang...
melayu kene berusaha kuat lagi nak capai camni...
pergh kene berusaha bersungguh2 nak capai status jutawan ini..harap impian aku tercapai..amin

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons