Tuesday, January 18, 2011

Penyakit (Macam-macam ada)

5 penyakit maut yang bilangannya meningkat setiap tahun di seluruh dunia:

1. Serangan Jantung
2. Kencing Manis
3. Darah Tinggi
4. Kanser
5. Masalah Kolestrol Tinggi




Ramai orang kata dia sihat. Tapi zaman serkarang di Malaysia, sarapan goreng, makan tengah hari goreng, makan malam pun goreng walaupun di rumah.
Semuanya makanan goreng, PISANG yang buah pun digorengnya.
Cuba anda perhatikan, sebelum anda masak, apakah warna minyak tersebut??
Dan selepas masak, apakah warna minyak tersebut?
Sekarang bezakan warna minyak selepas anda masak dengan minyak selepas pisang di goreng dikedai???
Kenapa minyak itu berubah warna???
Apakah yang warna hitam selalunya orang katakan jika terdapat pada makanan yang telah digoreng??
KARBON!!!!!!
apa itu karbon?karbon adalah carcinogen iaiitu adalah makanan untuk kanser.
Adakah anda masih katakan anda sangat sihat????


Apakah itu anti-oksida???
sebelum bercerita tentang itu. Adakah anda pernah dengar tentang bermacam2 jenis kanser yang sedang berlaku sekarang.
Sakit jantung yang ramai telah membawa maut kepada penghidapnya secara mengejut.
Darah tinggi, AIDS dan lain2 penyakit yang boleh membawa maut.
Seperti yang telah saya katakan di atas, gaya hidup moden sekarang yang penuh dengan stress dan pemakanan yang tidak seimbang,
datang pula pencemaran alam sekitar di sekeliling kita yang tidak terkawal. 
Maka ramai antara kita yang sukar untuk menjalani kehidupan yang sihat dan normal.


Berbalik pada anti-oksida, pengoksidaan adalah proses semulajadi yang dialami oleh semua hidupan. Secara umum, tumbuh-tumbuhan melepaskan oksigen untuk digunakan oleh manusia. Manakala manusia melepaskan karbon dioksida untuk digunakan oleh tumbuhan. Masalahnya ketika ini, persekitaran yang tidak sihat seperti rokok dan pengeluaran asap yang berlebihan telah menyebabkan tubuh kita cepat kehilangan vitamin yang penting untuk menjadi agen anti-oksida. Anti-oksida adalah penting untuk kesihatan badan kita.


Pembentukan radikal bebas adalah kesan sampingan fungsi mitokondria yang tak dapat dielakkan tetapi,
penghasilan ini turut mempengaruhi mutasi mitokondria (pembahagian mitokondria tidak normal).


Sikap tidak gemarkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut menyumbang kepada masalah kekurangan vitamin yang teruk.
Jadi untuk mengatasi kekurangan vitamin ini, penggunaan makanan tambahan atau food supplement adalah penting sebagai 
agen anti oksida yang menghalang pembentukan radikal bebas yang boleh mendatangkan pelbagai masaalah kesihatan.


Mutasi meningkat mengikut peredaran masa, akibat toksin pada persekitaran, radiasi, penyakit 
berpunca daripada bahan kimia, bahan tambahan di dalam makanan dan kemungkinan tekanan emosi. 
Apabila mutasi banyak berlaku maka banyaklah DNA mitokondria yang akan rosak, hasilnya menyebabkan kerosakan dan kematian sel.


Disini lah agen anti-oksida memainkan peranan mereka untuk melawan radikal bebas,kerosakan sel dan kematian sel dari berlaku.


Sebelum ini jarang sekali kita mendengar atau melihat kanak-kanak menghidap penyakit kanser atau 
penyakit jantung. Sekarang ini ramai kanak-kanak yang meninggal dunia akibat masaalah tersebut. Inilah fenomena yang terjadi didunia pada hari ini. 
Oleh itu untuk mengekalkan kesihatan badan kita ditahap yang maksima, maka pengambilan makanan tambahan yang berkhasiat dan yang mempunyai 
kadungan anti oksida yang tinggi amatlah disyorkan oleh para doktor dan saintis diseluruh dunia. 


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons